Utama > Tasawwuf Islam > Mengenal Diri Mengenal Allah bhg. Akhir (I’tiqad Yang Bidaah)

Mengenal Diri Mengenal Allah bhg. Akhir (I’tiqad Yang Bidaah)

Februari 3, 2012 Tinggalkan komen Go to comments

Allah

Assalamualaikum, Bismillahir Rahmanir Rahim,

Ini merupakan siri terakhir perbincangan ‘Mengenal Diri Mengenal Allah’ diharapkan saudara-saudari yang dikasihi dapat menghayati keseluruhan perbincangan yang telah disiarkan. Pihak editorial Bicara Kekasih memohon maaf jika kedapatan kesalahan yang tidak disengajakan yang boleh menyinggung banyak pihak. Begitu juga jika tidak dapat memahaminya, elok merujuk kepada mereka yang ahli. (ed)

Seterusnya;

I’tiqad atau pegangan hati yang bidaah dan salah lagi kufur jika diamalkannya. Ianya banyak didapati pada orang-orang Melayu dan lain-lainnya. Kesesatan mereka itu amat banyak, tetapi saya tuliskan dalam risalah ini sekadar apa yang dinakal (diambil) daripada guru saya dan daripada kitab-kitab Usuluddin dan majalah-majalah dan sebaran ilmu kerajaan dan mulut ke mulut supaya jadi panduan bagi kaum muslimin dan muslimah dapat menjauhi diri daripada belajar dan beramal. Mudah-mudahan selamat agamanya.

Inilah sebahagaian pendapat, pegangan atau ‘Itiqad yang menyalahi akan hukum Syara’

1.         Nabi Muhammad SAWW itu Zat Tuhan misalnya seperti garam ialah air laut bukan lainnya. Berubah namanya(garam) kemudian daripada bekunya (air laut) jua.

2.         Diri itu Tuhan dan Muhammad SAWW dan Adam AS.

3.         Nabi Muhammad SAWW itu jadi Rasul di dunia jadi Tuhan di akhirat.

4.         Nabi Muhammad SAWW anak Abdullah itu bukan sebenarnya Haq tapi yang sebenarnya Muhammad satu lagi.

5.         Nabi Muhammad SAWW itu ialah Tuhan.

6.         Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad SAWW dan sebenar-benar Muhammad SAWW itu sifat Allah SWT.

7.         Tuhan itu martabat makhluk dan Allah SWT itu martabat akhirat.

8.         Sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad SAWW; sifat Muhammad SAWW ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.

9.         Hampir nak mati itu nampak cahaya serah yang amat cerah. Itulah Tuhan.

10.       Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah SWT Nur itu Muhammad SAWW.

11.       Sewaktu nak sembahyang pandang cahaya. Itulah Tuhan.

12.       Pandang ketika nak sembahyang akan ruh dirinya hingga nampak lihat rupa itu ialah Allah SWT dan sebenarnya itu ialah Nabi Muhammad SAWW. Maka sembahyang yang dapat lihat rupa itu terlebih baik daripada sembahyang yang lain 40 tahun.

13.       Allah SWT, Muhammad SAWW, Adam AS itu satu jua; Allah itu Zat, Muhammad itu Sifat Allah, Adam itu Af’al Allah. Maka sekelian itu Qadim.

14.       Anak mata itu ialah Allah.

15.       Mentafsir dan berpegang serta ‘Itiqad dalam hati akan makna La ila ha illa Lah itu iaitu Aku sebenar-benar Zat Allah.

16.       Nabi Muhammad SAWW itu dijadikan akan dia daripada nur Allah SWT (dengan makna cahaya) atau ‘Itiqad Nabi Muhammad SAWW itu dijadikan daripada Zat atau daripada mana-mana Sifat nescaya kafir ia.

17.       Sembahyang itu sembah Ruh Mahmudah.

18.       Sujud sembahyang itu sujud akan Adam AS.

19.       Rukuk sembahyang niat kucup atau sembah pusat Nabi Muhammad SAWW.

20.       Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tak payah mengerjakan rukun yang 13 itu iaitu niat yang termaklum di sisi mereka.

Replika Surat RasuluLLah SAWW

Wallahu Ta’ala A’lam.

  1. Mei 4, 2014 at 6:41 pm

    Superb site you have here but I was curious if you
    knew of any forums that cover the same topics discussed
    here? I’d really love to be a part of group where I can get feed-back from other knowledgeable individuals
    that share the same interest. If you have any suggestions,
    please let me know. Thanks!

  2. Disember 10, 2012 at 1:08 pm

    I loved as much as you will receive carried out right
    here. The sketch is attractive, your authored material stylish.

    nonetheless, you command get bought an nervousness over
    that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again
    since exactly the same nearly very often inside case you shield this increase.

  3. azmi
    Mac 18, 2012 at 3:50 pm

    mohon dikongsi

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: