Utama > Tasawwuf Islam > Mengenal Diri Mengenal Allah bhg6 (Ringkasan Martabat Tujuh)

Mengenal Diri Mengenal Allah bhg6 (Ringkasan Martabat Tujuh)

Januari 30, 2012 Tinggalkan komen Go to comments

Allah

Peringatan dari Suluk

Perbincangan tajuk ini adalah meliputi Ilmu Tahqiq yang menjadi puncak atau pati kepada Ilmu Usuluddin (Sifat 20, Ilmu Kalam,Ilmu Tauhid dsb). Kepada anda yang menghadapi masalah untuk memahaminya; sebaiknya mengadaplah guru-guru yang Alim dalam bidang ilmu ini (Usuluddin) . Anda mesti mengenali dan menguasai Ilmu Usuluddin terlebih dahalu sebelum boleh berkenalan dengan Ilmu Tahqiq ini. Jika tidak, anda akan bermasaalah, dan menemui masalah. Perbincangan tajuk ini Suluk paparkan hanya untuk ahli-ahlinya yang telah ‘clear’ ilmunya dengan;

Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah SWT

Sifat Sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan

Perbezaan makna Allah dan makna Ketuhanan

Hakikat Ketuhanan

Kenal Sifat Istigna’ dan Iftikor Allah SWT dan perkara-perkara yang melazimi kedua-duanya.

Boleh membezakan Itiqad Jabariah, Muktazilah, Qadairiah dan Ahli Sunnah Wal-Jammah (Imam Abu Hassan Ass’ari dan Imam Maturudhi)

Boleh memahami pembahagian sifat-sifat Allah SWT kepada Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyah.

Menguasai Sifat-sifat Allah SWT yang berada dalam Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma.

Tahu apa yang dinafikan dan diisbatkan dalam kalimah Syahadah.

Faham dan jelas mengenai takluk-takluk semua sifat Ma’ani.

Perbezaam makna dan maksud antara ‘Itiqad dan Syuhud.

Dan yang lain-lainnya berkaitan dengan pengajian Ilmu Usuluddin.

Jika tidak, abaikan dulu Martabat Tujuh ini dan alihkan usaha anda untuk menguasai Ilmu Usuluddin dahulu. Jika semua sudah ‘clear’ bagi anda silalah ikuti perbincangan di bawah.

Setengah daripada jalan mengenal Allah Ta’ala itu ialah dengan mengetahui perjalanan Martabat Tujuh kerana adalah ia setengah daripada kaedah yang boleh menyampaikan kepada makrifat Allah Ta’ala. Dengan ianya juga dapat mengetahui asal usul kejadian diri kita dan mengetahui Martabat Musyahadah yang dinamakan Syuhuudul Kashrah Fil Wahdah.

 

Martabat Pertama Ahdiah

Martabat Ahdiah yang dinamakan Martabat La Ta’Yun (martabat yang tiada nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakn juga Zat Al-Mutlaq atau Zat Al-Bakhat iaitu memandang dengan hati akan semata-mata Wujud Zat Allah Ta’ala dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan AfaalNya dengan sekira-kira ghaib segala Alam dan dirinya (hamba) dengan memandang Allah Ta’ala; tiada ingat dalam hatinya’ hanya Allah Ta’ala jua.

Dan martabat ini adalah Martabat Sifat Nafsiah (istilah Ilmu Usuluddin) kerana martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada Ahli Tasauf. Dan tiada sampai kepada darjah martabat ini melainkan sentiasa berbimbang dengan zikir Allah SWT kerana martabat ini Martabat Wahdatul-Wujud (Wujud yang Esa). Kata Sidi Mustaffa Al-Bakri Rahimallahi Ta’ala;

“Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan yang terlebih hampir makrifat kepada Allah Taala itu ialah Zikrullah; bahawasanya ahli zikir itu Ahli Allah dan dialah orang yang tertentu hampir dan kedudukan yang hampir dan martabat mereka itu ialah mertabat yang dipercayai Allah Ta’ala rahsiaNya dan mencapai mereka itu dengan sebab yang demikian itu akan martabat orang-orang dahulu iaitu mereka yang dapat petunjuk dan jauh daripada jalan murka dan sesat”.

Martabat Kedua Wahdah

Martabat Wahdah yang dinamakan dia martabat Ta’Yun Awal (Nyata Yang Pertama) dan dinamakan juga Syu’un Zaatiah ertinya pekerjaan Zat dan dinamakan juga Hakikat Muhammadiah dan Syuhuudul Wahdah Fil Kasrah.

Dan martabat ini adalah keadaan Sifat Ma’ani yang tujuh kerana Sifat Ma’ani itu martabat sifat. Martabat ini adalah ibarat daripada Ilmu Allah Ta’ala dengan ZatNya dan segala SifatNya dan segala yang maujud atas jalan Ijmal iaitu tiada boleh dibezakan setengah dengan setengahnya dan takluk dalam martabat ini takluk Suluhi (Istilah Ilmu Usuluddin).

Martabat Ketiga Wahdiah

Martabat Wahdiah yang dinamakan dia Martabat Ta’yun Saani ertinya nyata yang kedua dan dinamakan juga A’Yan Sabitah dan Hakikat Insaaniah.

Dan dalam ini takluk Ilmu dan Iradat adalah Takluk Tanjizi Qadim dan

Taklum Iradat adalah Taklum Suluhi Qadim.

Adapun martabat ini keadaan Sifat Ma’nawiyah kerana Sifat Ma’nawiyah adalah martabat Asma dan adalah martabat ini ibarat daripada ilmu Allah Ta’ala dengan ZatNya dan sifatnya dan segala makhluk atas jalan perceraian dan perbezaan setengah dengan setengahnya.

Maka tiga martabat {Ahdiah, Wahdah dan Wahdiah} ini Qadim lagi Azali kerana ia martabat yang dibangsakan kepada Ketuhanan. Adapun sekelian makhluk wujud di dalam Ilmu |Allah SWT jua belum zhohir kepada Wujud Khoriji.

Martabat Keempat Alam Arwah

Martabat Alam Arwah yang dinamakan dia Nur Muhammad SAWW. iaitu ibarat daripada keadaan suatu yang seni yang semata-mata belum menerima susunan dan belum boleh dibezakan.

Martabat Kelima Alam Mishal

Martabat Alam Mishal ini ibarat daripada suatu daripada suatu yang seni yang tiada menerima susunan dan tak boleh menceraikan setengah dengan setengahnya dan tiada menerima belah bahagi.

Martabat Keenam Alam Ijsam

Martabat Alam Ijsam ibarat daripada suatu yang bersusun daripada api, angin, air, tanah dan menerima bercerai setengah dengan setengahnya seperti segala jisim-jisim.

Martabat Ketujuh Alam Jamik

Martabat Al-Jamik dan dinamakan dia Martabat Insan.

 

Peringatan

Adapun martabat yang pertama yakni Martabat Ahdiah ialah Martabat Al-Zhuhur iaitu martabat semata-mata wujud Zat Allah Ta’ala; belum zhohir kenyataan Zat Allah Ta’ala kepada yang lain, hanya semata-mata Wujud Zat Allah Ta’ala jua dan dinamakan dia juga Martabat Qhaibil Mutlak kerana wujud Allah Ta’ala pada martabat ini ghaib daripada akal dan pancaindera.

Dan enam martabat lagi dinamakannya Martabat Al-Zhohir seperti Martabat Wahdah, dhohir Haqiqat Muhammad SAWW yang dinamakannya Ta’yun Awal dan Martabat Wahdiah zhohir Hakikat Insaniah yang dinamakannya Ta’yun Awal. Dan tiga martabat ini adalah ialah martabat yang Wajib lagi Qadim.

Empat martabat yang kemudian iaitu Martabat Alam Arwah dan Martabat Alam Mithal dan Martabat Alam Ijsam dan Martabat Alam Insan maka sekeliannya itu Martabat Mumkin yang Hadis atau Makhluk (sesuatu yang baru yang menerima ada atau tiada). Mumkin yang Hadis (baru/suatu lain daripada Allah SWT) ini wujud dalam tiga tempat iaitu;

1.Wujud dalam Martabat Ta’Yun Awal yakni Martabat Wahdah iaitu sabit dalam Ilmu Allah Ta’ala atas jalan Ijamal yang dinamakan Wujud dalam martabat ini Wujud Suluhi dan Wujud Taqdiiri atau Syu’un Zaatiah seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Rahman;29 yang bermaksud;

“Bermula Allah Ta’ala pada tiap-tiap waktu Ia dalam memperbuat perbuatan”

iaitu Wujud Alam dalam martabat ini Wujud Taqdir dalam Ilmu Allah SWT belum wujud pada Khoriji.

2. Wujud dalam Martbat Ta’Yun Thani yakni Martabat Wahdiah iaitu Wujud Taqdiiri yang sabit dalam Ilmu Allah Ta’ala yang Tafsiili yang dinamakan wujud alam ini Wujud Suluhi atau A’Yan Sabitah iaitu sabit Taqdir segala Alam di dalam ilmu Allah Ta’ala dengan perceraian dan perbezaan setengah akan setengahnya tetapi belum zohir wujudnya pada Khoriji.

3.. Wujud pada Khorij yakni pada dhohir dinamakan dia Wujud Tanjizi dan A’Yan Khorijah dan Mumkin atau makhluk atau Alam Hadis seperti firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi yang bermaksud;

“Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi; maka Aku suka bahawa Aku dikenali oleh hambaKu; maka Aku jadikan makhluk maka mengenal ia akan Aku.”

Adapun Alam yang Maujud pada Khorij itu empat alam iaitu;

1. Alam Arwah dinamakan dia Nur Muhammad SAWW seperti sabda Nabi SAWW yang bermaksud “Permulaan yang dijadikan oleh Allah Taala Nurku daripada NurNya(Allah)”. Inilah asal kejadian ruh makhluk.

2. Alam Mithal iaitu ibarat daripada perceraian ruh yang tersebut itu kerana asal Ruh itu satu jua. Maka apabila berbilang beberapa rupa yang berbeza dinamakan dia Alam Mithal. Ahli Tasawwuf buat contoh Alam Arwah seperti laut dan Alam Mithal itu seperti ombak yang di dalam laut itu. Maka ombak itu berbeza-beza pada rupanya dan pada asal dan hakikatnya satu jua iaitu laut. Demikianlah segala hakikat Ruh tiada berbilang-bilang ia, hanya berbilang-bilang rupa Alam Mithal jua.

Adapun Alam Arwah dan Alam Mithal tidak didapatkan dia dengan pancaindera yang lima yang zhohir ini melainkan didapatkannya dengan Nur Iman yang dipertaruhkan dalam hati hamba yang dikasihi kerana Alam Arwah dan Alam Mithal itu Nur. Maka tiada didapatkan Nur melainkan dengan Nur. Dinamakan Alam Arwah dan alam Mithal ini Alam Malakut dan Alam Ghaib. Dan dengan martabat ini dapat mengenal martabat yang tiga terdahulu yang Qadim itu. Apabila dapat mengenal tiga martabat yang Qadim ini, nescaya dapat mengenal Allat Ta’ala dengan sebenar-benar pengenalan.

3. Alam Ijsam dinamakan dia Alam Mulki dan Alam Syahadah dan iaitu yang didapat dengan pancaindera lima yang zhohir.

4. Alam Insan iaitu manusia yang elok kejadiannya seperti firman Allah SWT bermaksud; “Sesungguhnya Kami jadikan akan manusia itu seelok-elok kejadian” dan juga manusia adalah semulia-mulia makhluk Tuhan seperti firmanNya yang bermaksud, “Demi sesungguhnya Kami mempermuliakan anak cucu Adam.” Maka inilah dinamakan Insanul Kamil yang setengahnya sampai kepada Maqam Anbiya’ dan setengahnya kepada Maqam Aulia’ dan lain-lain lagi.

Wallahu Ta’ala A’lam

“Jika anda yang dikasihi menghadapi kesulitan dalam memahami artikel ini, eloklah diabaikan dulu perbincangan ini”. (ed)

Bersambung Pada Tajuk Seterusnya

I’tiqad Yang Bidaah

  1. Februari 22, 2013 at 6:40 am

    Just where did you acquire the points to publish ““Mengenal
    Diri Mengenal Allah bhg6 (Ringkasan Martabat Tujuh) Bicara Kekasih”?
    Thanks for your time ,Milagro

  2. shariffuddin Mohd. Hashim
    Februari 5, 2013 at 1:08 am

    asslamualaikum.. moga allah permudah.. seperti yg saya pelajari dahulu .. beza mahluk.. seperti jenis2 jisim. johar, johar-jirim dan sbgainya sgt perlu sebelum kita bezakan dengan sifat allah s.w.****umpamanya.. mahluk bersifat** mengambil lapang sekadar zatnya shj. TETAPI allah TIDAK.., allah bersalahan dengan yg. baharu.disebut dalam.sifat 20..Jadi inilah asas2 yang utama sebelum pergi ke cabang2 yg lebih tinggi..dimana hanya segelintir sahaja yg diberi kefahaman dan mesti berguru.. wallahualam .moga allah tunjuk jalan nya..

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: