Utama > Tasawwuf Islam > Mengenal Diri Mengenal Allah bhg 4

Mengenal Diri Mengenal Allah bhg 4

Januari 23, 2012 Tinggalkan komen Go to comments

Allah

Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAWW., Yahya bin Muaz Al-Razi RA;

“Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya”.

Yahya bin Muaz RA mengambil faham daripada perkataan Nabi SAWW. daripada pertanyaan seorang sahabat;

“Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya.”

Ada pun mengenal diri itu tiga [3] macam iaitu;

Periksa dan memahami.

Membuat bandingan dan ukuran.

Lemah dan tertegah.

1. Periksa dan memahami.

Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;

a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada empat anasir iaitu;

Api

Angin

Air dan

Tanah.

Yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam ‘Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam AS maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;

“Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya”.

Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam AS juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisaa’:1 yang bermaksud;

“Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak.”

Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui setitik air mani (Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Mukminun:14 yang bermaksud;

“Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik”.

Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;

Penjamah,

Perasa,

Pendengar,

Pelihat,

Pencium.

Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu;

Khowatir,

Cita,

Niat,

‘Alim,

Fikir;

dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.

b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;

Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah SWT itu Ruh Nabi Muhammad SAWW. Daripada pancar benderang Isra’ Nur Muhammad SAWW itu zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;

Alam Ma’ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalam Ilmu Allah SWT tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Ta’ala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;

Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah menamakannya sebagai;

Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af’alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai;

A’yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;

Alam Asror ertinya tanda menerima Asror (rahsia) Allah SWT kerana ia tempat nyata Hak Ta’ala.

Maka tatkala sudah menjadikan Allah Ta’ala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan IradatNya. Maka dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A’yan Khorijah kerana sudah zohir wujudnya menerima asar (bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana A’yang Khorijah itu A’yan Saabitah dan A’yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah SWT dan Asma Allah SWT dan A’yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir (Besar) atau Alam Shoghir (Kecil). Dan setengahnya menamakannya;

Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;

Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;

Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah SWT memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai;

Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah SWT yang datang pada hati hamba yang yakin akan Haq Ta’ala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;

Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;

Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Ta’ala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah (sesuatu yang lain daripada Allah).

Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke Hadirat Allah Ta’ala dan kadang-kadang sesuatu yang lain daripada Allah.

Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya’, Takbur, Suma’ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah.

Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.

Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada Fa’il (Kelakuan) yang Haqiqi. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;

Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;

Nafsu kerana angkuh dan dzolim dan setengah menamakannya sebagai;

Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah SWT; sekali berhadap kepada dunia.

Adalah diri yang dzhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;

Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah, lendir dan sebagainya.

Jauhar iaitu Ruh atau nyawa

‘Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya.

2. Membuat bandingan dan ukuran

Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi. Maka eloklah penulis cuba memberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia.

Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi.

Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rekaat.

Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.

Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh menasia yang sengaja ditinggalkan.

Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah SWT dalam Surat At-Tin:4 yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian”

dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Ta’ala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia (Adam) dan juga menyebabkan syaiton dimurkai oleh Allah SWT dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada perintah Allah SWT yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia (Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma’ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar (bekas) Sifat Ma’ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.

3. Lemah dan Tertegah

Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa??

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al Isra’:85 yang bermaksud;

“Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku”.

Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

Keterangan Suluk

Walau bagaimanapun, Imam Ghazali telah berjaya menghampirkan faham kepada makna dan rahsia ruh ini mengikut tingkat tertinggi kemampuan manusia dalam sebuah Kitabnya yang bernama “Risalatul li-Duniyyah“. Ikutilah kajian dan huraian yang dibuat secara ilmiah pada tajuk ini iaitu “Keistimewaan Ruh Insani” atau ikuti keseluruhan perbincangan tentang Ilmu Laduni yang diperolehi melalui ruh ini.

Cave Hira, Mecca

Ruh Akal Nafsu dan Qalbu

 Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah SAWW membuat bandingan akan Qalbu sebagai raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya;

“Sesunguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu”

[Riwayat Bukhari Muslim]

Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika pemerintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati apabila disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh dan dididik mengikut jalan thoriqat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, maka akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah SWT kepadanya . Inilah maksud Imam Ghazali dengan katanya;

“Adalah hati itu makbul disisi Allah Ta’ala;jika sejahtera ia daripada barang yang lain daripada Allah SWT”.

Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Maka hasil atas segala anggota yang zhohir daripada ibadat atau lain daripada segala sifat-sifat Mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam Ghazali dengan katanya;

“Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Ta’ala jadilah ia karam dengan lain daripada Allah Ta’ala, maka kejahatan dan celaka itu pun dzhohir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang Zulumah.”

Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguh guru-guru Ahli Tasawwuf melalui Thoriqat yang dinamakan Ilmu Suluk kerana;

Tidak hasil kejernihan dan kesucian hati dengan tidak melalui Thoriqat (Pengambilan Ilmu atau Amalan daripada guru) yang diterima daripada guru yang mursyid.

Dan tiada mengetahui kebaikan hati dan kejahatannya selagi tidak merasai “Zauk” kemanisan ibadat yang warid (dikurniakan oleh Allah) daripada hasil zikir dan;

Tiada boleh membeza antara yang haq dengan yang batil (makna sebenar haqiqat ma’rifat disisi Ahli Muhaqqiqin) selagi belum dapat Ilham hasil daripadaNya dan;

Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum dapat Tajali dan Kasyaf yang hasil daripadaNya.

Dan tak dapat tidak , awal-awal mereka yang hendak mengenal TuhanNya dengan jalan Zauk dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu. Seperti bahawa;

apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Kuasa dan;

apabila mengenal dirinya bersifat dengan papa nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Kaya dan;

apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat fana nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Baqa dan;

apabila mengenal dirinya bersifat dengan baharu nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Qadim.

Bersambung

English: The Muslim population of the world ma...

Tajuk Seterusnya [Asal Kejadian Daripada Nur Muhammmad]

Insya Allah SWT

  1. Februari 20, 2014 at 8:49 pm

    Thanks for every other great post. Where else could
    anyone get that kind of info in such a perfect means of writing?
    I have a presentation next week, and I am at the look for such info.

  2. Mei 21, 2013 at 12:36 am

    Good way of telling, and good article to get facts
    regarding my presentation subject, which i am going to present in institution of higher education.

  3. Mei 19, 2013 at 11:34 pm

    Heya i am for the first time here. I came across this board and I find
    It truly useful & it helped me out much. I hope to give something back and help others like you aided
    me.

  4. Mus
    Mac 16, 2013 at 9:40 pm

    Mus :
    Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;
    Penjamah,
    Perasa,
    Pendengar,
    Pelihat,
    Pencium.
    Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu;
    Khowatir,
    Cita,
    Niat,
    ‘Alim,
    Fikir;
    dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.
    ..susunan di atas menujukkan lengkapnya seseorg insan lahir ke alam dunia atau alam fana iaitu 10 perkara pancaindera disertakan pada manusia…namun bagamana pula dgn penjelasan Al Quran di mana dijelaskan bahawa manusia itu dilengkapkan dgn 7 perkara sepertimana di bawah ;
    وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَآئِقَ ، وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِيْنَ
    Sesungguhnya Kami telah ciptakan ke atas kamu tujuh jalan dan Kami tidaklah lalai terhadap ciptaan Kami , Q 23 : 17
    وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا
    Dan Kami bangunkan ke atas kamu tujuh perkara yang sangat kukuh , Q 78 : 12
    ..oleh demikian di manakah kesesuaiannya antara penjelasan saudara dgn penjelasan melalui Quran ?

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: