Utama > Tasawwuf Islam > Mengenal Diri Mengenal Allah bhg 3 (Hakikat Ma’rifat)

Mengenal Diri Mengenal Allah bhg 3 (Hakikat Ma’rifat)

Januari 20, 2012 Tinggalkan komen Go to comments

Allah

Hakikat Ma’rifat

Ketahuilah olehmu wahai saudaraku, hakikat ma’rifat itu terhimpun ia atas tiga [3] perkara iaitu;

1. Pegangan yang putus [tetap dan teguh]

2. Muafakat bagi yang sebenar [betul dengan hukum syarak]

3. Daripada dalil Akal dan dalil Naqal daripada Al-Quran dan Hadis

Maka tertolak (batal) ma’rifat itu tiga perkara pula iaitu;

1. Syak

2. Dzan

3. Waham

Adapun erti syak itu bersamaan berat antara ada dengan tiada pada hati seseoarang. Erti Dzan itu dua bahagi berat kepada ada[2/3] dan satu bahagi berat kepada tiada[1/3]. Erti Waham itu dua bahagi ringan kepada tiada dan satu bahagian ringan kepada ada.

Maka jika ada satu daripada yang tiga ini di dalam hati seseorang maka tiadalah memadai ma’rifatnya.

Jika ia yakin lagi putus pegangannya dan muafakat bagi yang sebenar tetapi tiada dengan dalil, dinamakan dia taqlid yang Sholeh bukan nama ma’rifat. Maka yang demikian itu pada Qaul [Pendapat] yang muktamat, mereka ini adalah mukmin yang ‘Ashi (mukmin yang derhaka) jika ia mempunyai akal. Derhakanya ia kerana tiada mahu belajar sedangkan dia sihat.

Ketiga; pegangan yang putus tiada muafakat dengan yang sebenar dan tiada daripada dalil, maka dinamakan orang itu Jahil Murakkab (Jahil yang bersusun) seperti kata orang yahudi “bahawasanya Nabi Isa anak Allah” atau seperti i’tiqad majusi dengan dua tuhan satu tuhan dilangit dan satu tuhan dibumi. Maka orang itu tiada khilaf (bersalahan) ulama akan bahawasanya ia kafir. Mahasuci Allah Taala itu diperanakkan dan beranak seperti firmanNya dalam Suratul-Ikhlas ayat 3 -4 yang bermaksud;

“Tiada beranak Ia dan tiada diperanakkan dan tiada sebangsa baginya seseorang”.(Surah Al-Ikhlas;3-4)

“Jika ada di dalam tujuh petala langit dan bumi, ketuhanan yang lain daripada Allah Ta’ala, nescaya binasa keduanya (Surah Al-Anbiya’;22) ,

dan lagi firmanNya yang bermaksud;

“Jangan kamu ambil akan dua tuhan. Sesungguhnya tuhan itu Tuhan Yang Esa” (Surah Al-Nahl;51).

Bermula mengetahui dua puluh sifat itu setengah daripada jalan mengenal Allah Ta’ala dengan Ilmu (Ilmu Yakin) kerana mengenal Allah dengan berdalil kepada sekelian Alam dan memikirkan akan segala kejadian seperti firman Allah SWT dalam Suratul Imran:190 – 191 yang bermaksud:

“Bahwasanya pada kejadian langit dan bumi dan bersalahan malam dan siang sebagai tanda bagi orang yang mempunyai fikiran, mereka yang sentiasa menyebut akan Allah Ta’ala pada waktu berdiri dan pada waktu duduk dan pada waktu berbaring atas lambung dan sentiasa memikir mereka itu pada segala kejadian langit dan bumi.”

Pengetahuan mengenai sifat-sifat yang Wajib bagi Allah SWT dan RasulNya , sifat-sifat yang Mustahil dan Harus bagi Allah SWT dan RasulNya ini kenali juga dengan ilmu-ilmu berikut:

Ilmu Tauhid

Ilmu Usuluddin

Ilmu Kalam

Ilmu ‘Aqaid

Ilmu Sifat Dua Puluh

Ilmu Akal

Perbincangan mencakupi perbahasan tentang makna dan maksud yang tersirat di sebalik pengucapan Kalimah Syahadah. Meliputi perkara-perkara seperti;

Makna Ketuhanan

Hakikat Ketuhanan

Sifat-sifat Ketuhanan

Yang wajib dipelajari oleh setiap muslim bagi tujuan untuk mentahqidkan pegangan seseorang agar dapat mengenal dan membeza Ketuhanan Allah Ta’ala yang ULUHIYAH dan RUBUBIYAH. Ilmu Tauhid inilah yang menjadi asas dan tapak permulaan untuk meneroka ilmu-ilmu yang seterusnya seperti Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Tahqiq (Martabat Tujuh) yang akan membebaskan seseorang daripada najis (janabah) syirik Jali [besar] dan syirik Khofi [halus/tersembunyi].

Adapun memikirkan akan segala kejadian itu bukanlah semata-mata pada langit dan bumi sahaja bahkan semua kejadian adalah dijadikan untuk mengambil dalil yang menunjukkan akan ketunggalan Allah Ta’ala dan kekuasaannya.

Demikian lagi sama juga dengan memandang dan memikir pada kejadian diri kita juga daripada yang pelik dan pekerjaan yang ganjil yang lemah oleh pancaindera pemikiran yang sama dengan pandangan kepada kejadian langit dan bumi ialah tanda bagi yang berakal mengenal dan mengingat akan Tuhan yang amat bijaksana seperti firmanNya dalam Suratul Zaariyat yang bermaksud;

“Dan pada diri kamu adakah tiada melihat kamu” [yakni sebagai melihat yang jadi pengajaran].

Maka dari sinilah sebahagian daripada Ilmu Taswwauf mengajar mengenal diri dan jika kenal diri barulah kenal Allah SWT. Harap pembaca dapat turut mengupas yang berikutnya…Insya Allah SWT.

dome

Bersambung pada tajuk Mengenal Diri Mengenal Allah (bhg 4)

  1. m88
    Jun 5, 2016 at 9:02 am

    Superb blog you have here but I was curious about if you knew of any user
    discussion forums that cover the same topics talked about here?

    I’d really love to be a part of online community where I can get
    responses from other knowledgeable people that
    share the same interest. If you have any recommendations, please let me know.
    Appreciate it!

  2. Mac 3, 2015 at 12:06 am

    Awesome post.

  3. Julai 9, 2014 at 3:40 pm

    It’s actually a great and useful piece of info. I’m glad
    that you simply shared this useful info with us.

    Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.

  4. Ogos 7, 2013 at 12:34 am

    Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing
    this post and the rest of the website is really good.

  5. Februari 6, 2013 at 4:11 am

    Just wish to say your article is as surprising. The clearness in your post is just cool and
    i could assume you’re an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your RSS feed to keep up to date with forthcoming post. Thanks a million and please carry on the gratifying work.

  6. Disember 12, 2012 at 12:56 pm

    Pretty! This was an incredibly wonderful post. Many thanks for
    supplying this information.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada Hayden Batal balasan