Utama > Tasawwuf Islam > Mengenal Diri Mengenal Allah

Mengenal Diri Mengenal Allah

Januari 11, 2012 Tinggalkan komen Go to comments

Islam fine art

Bermula segala puji-pujian yang empat itu kembali kepada Allah S.W.T yang Maha Pembimbing yang mengatur urusan kehidupan ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Selawat dan salam untuk Penghulu Mursalin Nabi Muhammad S.A.A.W. cahaya yang menerangi kegelapan juga untuk ahli keluarganya, para sahabat yang mengibarkan panji-panji agama menerangi seluruh Alam.

Risalah “Mengenal Diri Mengenal Allah” adalah hasil susunan Mahyuddin Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah, Batu Lima, Daerah Pendik, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.

Penulisan kembali risalah dari tulisan jawi kepada bahasa Melayu ini adalah semata-mata untuk memanjangkan tujuan utama penyusunnya sebagaimana yang tercatat pada mukaddimah risalah ini yang berbunyi;

Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat Ketuhanan, maka dzhohirlah berbagai-bagai I’tiqad atau pegangan hati yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi menyesat kepada orang ramai.

Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang dinamakan “Mengenal Diri Mengenal Allah” sebagai panduan jalan yang boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Suluk (penulis dihalaman Suluk ) telah menyusun kembali risalah ke dalam Bahasa Melayu dengan membuat sedikit tambahan kepada perkara-perkara yang memerlukan huraian yang lebih sebagai penyebar kebenaran di samping untuk memudahkan pembaca mencari panduan yang selamat dalam mencari maklumat-maklumat yang berguna, bermanfaat dan selamat. Semoga usaha ini direstui oleh penyusun asal dan mendapat keberkatan Allah dunia dan akhirat walaupun Suluk sedar diri ini bukanlah ahlinya.

(Begitu juga dengan penulis dan editor di Bicara Kekasih ini, yang menyebarkan risalah ini semata-mata kerana Allah S.W.T. Kami memohon dan berharap usaha ini dapat membuka minda para pembaca yang dikasihi untuk meneliti dan menghayati Islam dengan sesungguhnya. Jika kedapatan sesuatu yang memusykilkan, silalah bertemu dengan mereka yang arif dan bergurulah dengan guru yang mursyid dan banyaklah bersabar. Apa yang kami paparkan adalah bingkisan maklumat cetusan dari rohani kami yang masih dhoif lagi fakir ini.-ed)

Suluk telah membahagikan risalah ini mengikut tajuk-tajuk yang ada dalam risalah tersebut seperti berikut;

Mabadi Ilmu Tasawwuf                  

Mabadi sepuluh yang menjadi tunjang bagi tujuan ilmu

Penerimaan Agama             

Huraian cara dan salsilah penerimaan ilmu dan agama .

Yang Dinamakan Agama                 

Huraian himpunan yang mencakupi Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat.

Feadah(Hakikat Makrifat)   

Syarat-syarat untuk memperolehi hakikat makrifat

Mengenal Diri Mengenal Allah      

Menyelidik asal kejadian diri dari pandangan tasawwuf

Ruh Akal Nafsu dan Qalbu  

Perbincangan mengenai akal, nafsu, ruh dan qalbu dari aspek hakikat

Asal Kejadian

Pendedahan tentang apa itu Nur Muhammad dan kejadiannya

Ringkasan Martabat Tujuh 

Ilmu Tahqiq yang menjadi kemuncak dan pati Ilmu Tauhid

I’tiqad Yang Bidaah 

Keterangan mengenai berbagai-bagai i’tiqad yang sesat lagi kufur

Mabadi 10 Ilmu Tasawwuf

Tiap-tiap ilmu mempunyai sepuluh [10] Mabadi yang menjadi tunjang bagi tujuan ilmu itu. Bagi mereka yang hendak masuk belajar mana-mana ilmu sayugianya dipelajari dan mengetahui Mabadi 10 supaya menjadi teguh keyakinan dan tetap pegangannya terutamanya Ilmu Tasawwuf kerana setengah golongan membilangkan Ilmu Tasawwuf ini khurafat yang bidaah yang tidak ada Warid daripada Nabi SAWW.

Terpulanglah kepada mereka sendiri dan bagi kita memadai menyemak dan membaca kitab-kitab agama (Kitab Tua/ Turath) terutama Al-quran dan hadis Nabawi serta Asar (bekas peninggalan)sahabat dan perjalanan ulama-ulama yang muktabar. Maka saya tuliskan di sini petikan daripada karangan-karangan ulama tasawwuf yang dimaksudkan itu:

1.         Had (Takrif) – Ilmu yang diketahui daripadanya Ahwal nafsu pada kebaikan dan kejahatannya dan kaifiat (cara-cara) membersihkan daripada segala Aib-aib dan penyakit daripada sifat Mazmumah dan najis yang Ma’nawi (syirik khafi) dan menyatakan kaifiat-kaifiat Suluk dan berjalan kepada Allah S.W.T.

2.         Maudu’ (Tempat Hantaran) – Al-Zat Al-‘Aliyyah (Zat Allah S.W.T) kerana dibahaskan daripada ‘itibar makrifat dengan dalil dan burhan atau dengan syuhud dan ‘iyan dan Al-Nufus Wal-Qalbu Wal-Arwah kerana dibahas akan dia membersih dan mensucikan.

3.         Wadhi’ (orang menghantar) – Nabi S.A.A.W. mengajarkan dia oleh Allah Taala dengan Wahyu dan Ilham. Maka awal-awla orang mendzhohirkannya dan mengatakannya Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Hasan Basri dan ibunya Umi Khairah Maula’ bagi Umi Salamah, isteri Rasulullah S.A.W.W dan bapanya Mauli bagi Zaid bin Zabit kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Habibil ‘Ajami RA. kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Sulaiman Daud Al-Thoi RA. yang wafat pada tahun 120 Hijrah; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Mahfuz Ma’ruf bin Tiruz Al-Kharkhi RA.; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Hassan Sirri RA. yang wafat pada tahun 251 Hijrah dan menzhohirkan pemberitahuan hakikat oleh Sheikh Abul Qasim Al-Junaid Al-Bagdadi yang wafat pada tahun 297 Hijrah. Sheikh Junaid inilah menjadi orang yang pertama yang Ijtihad dalam Ilmu Tasawwuf di mana beliaulah Imam kita kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4.         Ismuhu (Namanya) – Tasawwuf dan ilmu Qalbu dan Ilmu Batin dan Ilmu Laduni, dan Ilmu Mukashafah dan Ilmu Asror dan Ilmu Maknun dan Ilmu Hakikat dan Ilmu Zauqi dan Ilmu Wujdan dan beberapa nama yang lain daripada yang tersebut itu.

5.         Istimdat (Petikan) – Daripada Al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.A.W. dan daripada Ilham Sholihin dan Fatuhat (Penemuan dan pembukaan)’Ariffin.

6.         Hukum – Wajib ‘Aini atas tiap-tiap mukallaf mempelajarinya seperti Wajib ‘Aini mempelajari barang yang membaikkan zhohir (syariat/fekah) mereka itu.

7.         Masail (Masaalah) – Bicara yang bergantung dengan Musyahadah akan Haq Taala dan yang bergantung dengan segala Maqam dan Hal-Ahwal bagi segala Arifin dan Sholihin daripada beberapa Adab dan amalan mereka itu.

8.         Faedah – Sampai kepada makrifat yang sebenar (hakikat makrifat)

9.         Nisbah Bagi Seluruh (‘Ilam) Ilmu – Bahwa Ilmu ini asal titik ‘Ilam dan ilmu yang lain daripadanya adalah cawangannya. Bermula nisbahnya bagi batin seperti nisbah fekah kepada zhohir. Ianya metahqiqkan bagi Ilmu Usul dan mengheningkan Ilmu Fekah.

10        Kelebihannya – Semulia-mulia ilmu yang dibangsakan kepada agama kerana ia jumlah daripada pati Ilmu Tauhid.

Sila rujuk Kitab Manhalus-Shofi Fi Bayani Rumuuzi Ahli Sufi untuk penjelasan sepenuhnya.

Islam fine art

Bersambung dalam bab Penerimaan Agama insyaAllahu S.W.T

  1. Mac 3, 2015 at 1:02 am

    Hello everyone, it’s my first visit at this site, and paragraph is really fruitful in support of me, keep up posting these types of posts.

  2. September 14, 2014 at 2:13 pm

    It’s remarkable to pay a visit this website and reading the
    views of all colleagues on the topic of this post, while I am also eager
    of getting familiarity.

  3. Januari 9, 2014 at 3:38 pm

    Hi there i am kavin, its my first time to commenting anywhere, when i
    read this paragraph i thought i could also create comment due to
    this brilliant piece of writing.

  4. November 10, 2013 at 2:10 pm

    great submit, very informative. I wonder why the opposite experts of this sector don’t realize this.

    You should continue your writing. I am confident,
    you have a huge readers’ base already!

  5. Ogos 17, 2013 at 8:51 pm

    Hey There. I discovered your weblog the usage of msn.
    That is a really smartly written article. I will be sure to bookmark it and return to read
    more of your useful info. Thanks for the post. I’ll definitely return.

  6. Disember 27, 2012 at 7:58 pm

    A lot of the things you state is astonishingly legitimate and that makes me wonder the reason why
    I hadn’t looked at this with this light previously. Your article truly did switch the light on for me personally as far as this specific subject matter goes. However there is actually just one factor I am not too cozy with so while I make an effort to reconcile that with the central idea of the issue, permit me see exactly what all the rest of your visitors have to point out.Very well done.

  7. PADEY
    Ogos 10, 2012 at 10:53 am

    dimana kamuhadapkan wajahmu disituada DIA

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: