Utama > Fadhilat > Mereka yang berdusta

Mereka yang berdusta

taubat

Dinukilkan dari sebuah kitab bahawa RasuluLLah S.A.A.W bersabda, mafhumnya,  seseorang itu berkata, “Sesungguhnya, aku sangat takut kepada neraka.” Tetapi orang itu tidak berhenti-henti melakukan dosa, adalah dia seorang pendusta. Di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dia bukanlah seorang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata: “Sesungguhnya aku rindu pada syurga.” Tetapi dia tidak membuat kerja-kerja yang membolehkan ia masuk syurga, maka orang itu adalah pendusta dan bukanlah orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata: “Sesungguhnya aku cinta kepada Nabi Muhammad S.A.A.W.” Tetapi dianya tidak mengikuti sunnah RasuluLLah S.A.A.W, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukanlah yang bertaubat.

Apabila seseorang itu berkata: “Sesungguhnya aku rindu benar untuk memiliki bidadari.” Tetapi orang itu tidak memberi mahar kepadanya (isteri-isteri mereka), maka orang itu adalah pendusta dan bukan yang bertaubat.

Sesungguhnya, orang yang bertaubat itu kekasih Allah S.W.T dan RasulNya S.A.A.W.

RasuluLLah, S.A.A.W bersabda: “Apabila seorang mu’min itu bertaubat, maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya pada hari-hari yang telah berlalu dalam kefasikan dengan ibadah setahun. Dan Allah S.W.T akan memberikan kepadanya pahala orang yang mati syahid di medan pertempuran, dan dia akan dipakaikan seribu mahkota pada hari Qiamat. Dibukakan di dalam kuburnya sebuah pintu ke syurga dan pada hari Qiamat nanti malaikat-malaikat yang berdiri di kiri dan di kanan, di belakang dan di hadapan, akan memberikan berita gembira tentang syurga.”

Saudara-saudaraku yang dikasihi, mengapa perlu tangguh lagi? Marilah sama-sama kita memohon keampunan dan kekuatan untuk kembali kepadanya dengan sebenar-benarnya. Dengan taufiq dan hidayah dariNya jualah yang akan membawa kita kepadaNya.  Sesungguhnya, pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya. Ambillah peluang dan renungilah diri sebelum ianya terlambat kerana kita tidak mengetahui bilakah ajal kita.penghulu istighfar

Di sini dinukilkan beberapa cara untuk kita bertaubat:

1. Menyesal dengan sepenuh penyesalan terhadap dosa-dosa dan kesalahan yang kita lakukan dahulu sekarang dan bila-bila.

2. Menunaikan seluruh fardhu dan kewajipan.

3. Mengembalikan hak milik orang lain.

4. Meminta supaya musuhnya itu menghalalkan apa yang telah dia lakukan terhadapnya.

5. Berniat dan bersungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang mendatangi dosa.

6. Mendidik dan melatih diri untuk taat kepada Allah S.W.T

7. Memberikan rasa kepada diri akan pahitnya bertaat sebagaimana diri telah memberikan rasa akan manisnya perbuatan durhaka.

8. Makan dan minum dari benda-benda yang datang dari sumber dan cara yang halal.

InsyaAllahu Subhaanahu Wa Ta’ala, setiap usaha yang murni akan mendapat tempat di sisiNya. Semoga kita tidak akan jemu-jemu bermujahadah untuk terus menyucikan diri kita dari dosa-dosa.

 

Allahu subhaanahu Wa Ta’ala a’lam.

  1. 3d rendering services
    September 22, 2014 at 2:30 pm

    Good post. I learn something new and challenging on websites I stumbleupon everyday.

    It’s always helpful to read through content from other authors and use a
    little something from their sites.

  2. Mei 21, 2013 at 12:42 pm

    Hello to all, how is all, I think every one is getting more
    from this website, and your views are nice designed for new viewers.

  3. Mei 21, 2013 at 12:45 am

    We are a group of volunteers and opening a new scheme
    in our community. Your website provided us with valuable information
    to work on. You’ve done a formidable job and our whole community will be grateful to you.

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: