Utama > Kata Hikmah > Di antara Ucapan Syeikh Abul Hasan asy-Syadzili

Di antara Ucapan Syeikh Abul Hasan asy-Syadzili

Disember 28, 2011 Tinggalkan komen Go to comments

Allah

Mutiara kata ini hamba yang fakir ini temui dalam blog pondokhabib. Sedikit sebanyak telah menyentuh hati dan sanubari.

Syeikh Abul Hasan asy-Syadzili, merupakan nama besar di dalam dunia Islam terutama sekali di arena tasawwuf. Berikut adalah ucapan beliau yang masyhur agar dapat kita merenungkan natijahnya dan mengkerdilkan diri menghadap Allah S.W.T. InsyaAllah.

1. Penglihatan akan yang Haqq telah mewujud atasku, dan takkan meninggalkan aku, dan lebih kuat dari apa yang dapat dipikul, sehingga aku bermohon kepada Tuhan agar memasang sebuah tirai antara aku dan Dia. Kemudian sebuah suara memanggilku, katanya ” Jika kau memohon kepada-Nya yang tahu bagaimana memohon kepada-Nya, maka Dia tidak akan memasang tirai antara kau dan Dia. Namun memohonlah kepada-Nya untuk membuat mu kuat memiliki-Nya.”Maka akupun memohon kekuatan dari Dia dan Dia pun membuatku kuat, segala puji bagi Tuhan!

2. Aku dipesan oleh guruku (Abdus Salam ibn Masyisy ra): “Jangan anda melangkahkan kaki kecuali untuk sesuatu yang dapat mendatangkn keredhaan Allah, dan jangan duduk dimajlis kecuali yang aman dari murka Allah. Jangan bersahabat kecuali dengan orang yang membantu berbuat taat kepada Allah. Jangan memilih sahabat karib kecuali orang yang menambah keyakinanmu terhadap Allah.”

3. Seorang wali tidak akan sampai kepada Allah selama ia masih ada syahwat atau usaha ikhtiar sendiri.

4. Janganlah yang menjadi tujuan doamu itu adalah keinginan tercapainya hajat keperluanmu. Dengan demikian engkau hanya terhijab dari Allah. Yang harus menjadi tujuan dari doamu adalah untuk bermunajat kepada Allah yang memeliharamu dari-Nya.

5. Seorang arif adalah orang yang megetahui rahsia-rahsia kurniaan Allah di dalam berbagai-bagai macam bala’ yang menimpanya sehari-hari, dan mengakui kesalahan-kesalahannya didalam lingkungan belas kasih Allah kepadanya.

6. Sedikit amal dengan mengakui kurnia Allah, lebih baik dari banyak amal dengan terus merasa kurang beramal.

7. Andaikan Allah membuka nur (cahaya) seorang mukmin yang berbuat dosa, nescaya ini akan memenuhi antara langit dan bumi, maka bagaimanakah kiranya menjelaskan : “Andaikan Allah membuka hakikat kewalian seorang wali, niscaya ia akan disembah, sebab ia telah mengenangkan sifat-sifat Allah SWT.

via pondokhabib

http://pondokhabib.wordpress.com

  1. Mac 17, 2014 at 2:09 pm

    I am regular visitor, how are you everybody? This paragraph posted at this site
    is really nice.

  2. Oktober 17, 2013 at 6:46 pm

    Pretty component of content. I just stumblked upon your blog and in accession cspital to claim that I acquire actually
    enjoyed account your wewblog posts. Any way I willl be subscribing on your feeds or even I fulfillment you access consistently quickly.

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: