Utama > Fikir > Perhambaan Moden

Perhambaan Moden

Disember 5, 2011 Tinggalkan komen Go to comments

Perhambaan Moden

Dalam meniti kehidupan harian pada hari ini, manusia bertungkus-lumus dalam mencari keperluan hidup. Lebih menyedihkan lagi, ramai yang alpa sehingga sanggup meninggalkan solat demi memenuhi pekerjaan. Ingatlah wahai diriku dan saudara dan saudariku sekalian, solat itu adalah wajib.

          Hari ini, keadaan begitu mendesak, kos kehidupan serba-serbinya semakin meningkat. Hal ini amat terkesan oleh penduduk berpendapatan rendah di desa dan di bandar. Walaupun jarang-jarang kita mendengar penduduk yang kelaparan atau kebuluran, namun anak cucu Nabi Adam A.S ini tetap resah. Meskipun tuntutan keperluan mereka sebenarnya mencukupi namun, tetap meresahkan mereka. Kemungkinan ianya disebabkan tuntutan keinginan dan hawa diri yang tinggi semata-mata.

patani

Sebuah pondok yang terdapat di wilayah Patani

          Ekoran tertumpu kepada usaha keperluan kehidupan di dunia membuatkan  manusia lalai akan tuntutan keperluan kehidupan di akhirat. Bukankah dunia dan akhirat itu sepatutnya berjalan seiring? Sebagai contoh, seorang pemuda resah akan dirinya, dalam memikirkan kerjaya, tujuan hidup dan berumahtangga, bagi mereka yang berkejaya pula tentunya sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing, sehingga lalai memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Apabila sudah berumahtangga, dengan Kudrat dan Iradat Allah S.W.T mereka dikurniai cahaya mata sebagai pelengkap keluarga sekaligus bergelar si ‘Ayah’.

          Sebagai seorang ayah, lebih besar tanggungjawabnya berbanding pemuda tadi. Tetapi, hala tuju akal dan fikiran masih tertumpu pada hal yang sama iaitu keperluan. Tumpuan si ayah lebih kepada nafkah si isteri dan anak-anak dalam memenuhi tanggungjawab sebagai suami. Ayah menanggung yuran pengajian anak-anak, lebih tinggi mengaji, lebih tinggilah yurannya, di samping kos-kos perbelanjaan harian yang meningkat. Lebih memeningkan kepala si ayah ialah dalam memenuhi serba-serbi tuntutan kehendak diri, isteri dan anak-anak.

          Pada hal, segala perkara tersebut lebih merupakan perangkap kehidupan yang direka oleh musuh-musuh Islam. Kadangkala, realitinya perbelanjaan mereka adalah lebih kepada pembaziran. Akibat terlalu terdorong memenuhi keperluan dan kehendak ini adalah punca kelalaian seseorang makhluk Allah S.W.T itu berfungsi sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini. Jika masih ada yang tidak mengetahui fungsi dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini, tanyalah ustaz-ustaz dan bergurulah. Ramai ustaz-ustaz di luar sana menanti anda untuk berguru dengan mereka. Datangilah taman-taman syurga iaitu tempat-tempat pengajian. Bila sudah mengerti, jangan pula asyik berhujah di kedai kopi dengan mereka yang tidak mengerti, tetapi ajaklah dan bimbinglah mereka untuk datang ke tempat pengajian dan sama-sama mengaji.

          Ramai yang mengimpikan kehidupan yang selesa di dunia yang kecil ini dan ramai juga yang berjaya mengecapinya. Hakikatnya, ramai juga yang menjadi mangsa sistem ‘Perhambaan Moden’. Salah satunya kita dapat melihat dari segi hutang. Ya, faktor hutang. Diulangi; hutang.

          ‘Human Machine’ erti kata lain, mesin manusia. Untuk apa mesin ini? Cuba saudara lihat, bukankah fungsi manusia di dalam sistem ini cuma produktiviti? Apa itu produktiviti? Cari kamus dan cari maknanya. Lihatlah, mereka bangun awal pagi, pergi bekerja menaiki LRT, berjalan terkejar-kejar ke tempat kerja agar kad detik tidak merah. Waktu pulang, kadang-kadang sudah gelap. Badan lesu, lalu melelapkan mata. Rutin yang sama untuk keesokannya dan begitulah seterusnya. Mengapa boleh jadi begini? Nampak seolah begitu tekun dengan kerjaya. Bukan di bandar-bandar sahaja, di desa pun sama sahaja.

          Bukan pandangan yang sinis pada mereka yang kuat bekerja tetapi penuh rasa kasih. Terutama kepada mereka yang kuat bekerja dan dibebani hutang. Ada juga yang terperangkap dalam hutang sehingga tidak mampu untuk menanggungnya. Kemana arah dan masa depan golongan ini dalam sistem liberal tajaan ‘Barat’ ini? Siapakah yang akan membebaskan mereka dari beban ini? Jawapannya mungkin tidak dapat ditemui di dalam dunia yang penuh dengan kehendak material ini. Dalamilah peradaban Islam, terutamanya bab perhambaan, insyaAllah di situ ada jawabannya.

          Situasi ini bukan sahaja berlaku di tanah air kita, malah berlaku secara global. Sebagai contoh, umum mengetahui negeri Patani. Ianya agak masyhur dengan sistem pendidikan ‘turath’ di institusi pondok-pondok. Hari ini, peradaban turath sudah mula di ditinggalkan. AlhamduliLLah, masih ada yang mempertahankan peradaban ini dengan giatnya. Masih ada lagi madrasah-madrasah dan masjid-masjid menganjurkan pengajian kitab-kitab turath di negara kita ini. Begitu juga dengan JAKIM dan Yayasan Fathoniah melalui Rancangan Turath Ulama’ di TV1. Walaupun ada beberapa kelemahan, namun diharapkan usaha ini mendapat taufiq dan hidayah serta diberkati Allah S.W.T.

Madrasah tempat pengajian kitab-kitab turath

Berbalik pada soal di Patani. Dahulunya, masyarakat di sana tidak begitu mengendahkan soal keduniaan dan mereka amat mencintai ilmu. Tanya sahaja orang-orang tua di sana tentang amalan dan wirid-wirid harian mereka, mungkin anda akan teruja nanti. Kini, segalanya mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Pondok-pondok banyak dibiarkan sepi, sekolah agama yang beraliran akademik Thai mula mendapat tempat, ekoran memenuhi tuntutan pekerjaan. Terdapat sedikit sebanyak pengaruh Siam-Buddha mula meresap dalam sosial masyarakat Melayu Patani. Anak-anak muda mula berbahasa Thai di rumah bersama-sama adik beradik dan rakan taulan. Sejak akhir-akhir 1990-an nilai emas kahwin di tiga wilayah ini turut naik mendadak ekoran kenaikan taraf pendidikan akademik mereka. Sama seperti di Malaysia, gadis-gadis, yang ada ‘degree’ lebih tinggi emaskahwinnya berbanding yang ada S.P.M.

Apa yang telah mendatangi kita turut mendatangi mereka. Kita berlumba-lumba membina rumah kediaman yang besar-besar dan indah, begitu juga mereka. Masing-masing dewasa ini, mementingkan kemewahan dan kesenangan individu semata. Bukankah kekayaan dan kemewahan ini lebih baik diinfaqkan di jalan Allah S.W.T? Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.A.W;

“Daripada Umar bin al-Khattab R.A,…(dalam sebuah hadis yang panjang)… kemudian Jibril bertanya kepada Rasul Allah S.A.A.W “Maka khabarkanlah kepadaku tentang hari Qiyamat?” Lalu Nabi S.A.A.W menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibril berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya, maka Nabi S.A.A.W menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba membuat binaan”.

Hadis Riwayat Muslim

Realitinya, rata-rata pemilik rumah kediaman ini terperangkap dengan hutang. Ada yang sanggup berhutang beratus-ratus ribu malah berjuta-juta ringgit untuk membina mahligai impian, istana penuh kemewahan ibarat gambaran seolah-olah berada di syurga. Golongan yang berhutang dan tidak dapat menjelaskan hutangnya adalah golongan hamba di zaman moden. Berapa ramaikah golongan hamba yang tidak diketahui ini pada zaman ini? Setiap hari kita lihat sajalah notis kebankrapan di akhbar utama. Notis-notis ini seperti tidak dapat dipisahkan dengan akhbar-akhbar tersebut, seperti mata hitam dan putih, tidak dapat terpisahkan. Dari sudut lain pula, berapa ramaikah pula golongan yang sengaja memilih menjadi hamba di zaman moden ini? Dengan sengaja berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya. Mereka dikenali sebagai kaki belit dan putar alam ini sanggup menggadai maruah diri demi kemewahan dan sesuatu yang dihajati.

Lucunya, barat mendakwa merekalah hero pembasmi perhambaan. Mengecam dan mengkritik hebat perhambaan dan memberi gambaran buruk tentang Islam dan perhambaan. Lihatlah sistem liberalisasi yang diagung-agungkan oleh barat yang mencipta sistem perhambaan moden yang tidak jelas nampak di mata. Lebih membawa keburukan dengan wujudnya golongan hamba yang tidak nampak ini apabila mereka tidak menyedarinya yang mereka telah menjadi hamba tajaan barat apatah lagi memerdekakan diri.

Siapakah lebih bijak? Socrates atau Protagoras? Hamba Allah yang mereka gelar pemalas dan jumud atau golongan yang mempunyai citarasa ‘sophisticated’? Fikirkan, buatlah perbandingan dan nilaikan sendiri. Hujah-hujah tuan-tuan dan puan-puan yang mulia tentu lebih mempersonakan dari hamba yang fakir lagi daif ini. Tetapi cukuplah si miskin ini mengharapkan agar ianya berjaya menjadi hamba Allah Subhaanahu wa Ta’ala yang merdeka.

Segala kekurangan dan kesalahan harap di maafkan dan minta ditegur.Maklum balas dari pembaca yang budiman adalah amat diharapkan.

  1. Ogos 17, 2013 at 11:08 pm

    Excellent article. Keep writing such kind of info on your
    blog. Im really impressed by it.
    Hey there, You’ve performed an incredible job. I will definitely digg it and in my view recommend to my friends. I’m sure they will be benefited from
    this website.

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: