Rumah > Tasawwuf Islam > Mengenal Diri Mengenal Allah bhg5 (Asal Kejadian Daripada Nur Muhammad)

Mengenal Diri Mengenal Allah bhg5 (Asal Kejadian Daripada Nur Muhammad)

Januari 27, 2012 Tinggalkan komen Go to comments

Allah

Adapun asal kejadian segala Asyaa’ (sesuatu yang dijadikan Allah SWT) ini mengikut pendapat Sufiah dijadikan dia daripada Nur Muhammad SAWW manakala Nur Muhammad SAWW itu dijadikan daripada Nurul Zat iaitu mereka berpegang kepada hadis Jabir RA yang tersebut di dalam kitab Ad-Durun-Nafis yang bermaksud;

Awal-awal barang yang telah dijadikan oleh Allah Ta’ala itu Nur Nabi engkau hai Jabir. Maka menjadi Ia Allah SWT daripadanya (Nur Muhammad SAWW) akan beberapa Asyaa’ dan kamu daripada demikian itu Asyaa’.

Hai Jabir!!!..bahawasanya Allah Ta’ala menjadi Ia sebelum Asyaa’ akan Nur Nabi engkau daripadaNya (Nurul Zat)

Bahawasanya Allah Taala menjadi Ia akan Ruh Nabi SAWW. daripada ZatNya dan menjadi Ia akan alam sekelian daripada Nur Muhammad SAWW.

Tiga hadis ini Ihtimal (berpegang) penulis (Suluk) belum berjumpa Rawi atau Sanad siapakah yang mengeluarkan hadis ini. Tetapi ditanggung atas pendapat orang Sufi bahawasanya hadis ini diriwayatkan daripada Jabir; maka kita tidak berani hendak menolak pendapat sufi itu kerana sedikit ilmunya dan kurang pengetahuan.

Dan orang-orang Sufi mentafsir hadis ini mengikut kaedah yang terang dan jelas di sisi mereka kerana setengah golongan mentafsirkan hadis ini menyeleweng daripda hakikat dan tujuan asal iaitu bagi Sufi hadis ini ada sedikit takwil iaitu dari segi Nur.

Mengikut pendapat orang-orang Sufi maksud Nur Nabi SAWW itu bukan Nur dengan makna cahaya cerah seperti cahaya matahari atau bulan atau lain-lainnya, bahkan adalah ia (Nur) dengan makna Ruh kerana faham daripada hadis yang ketiga dan juga kerana Ruh Nabi SAWW itu dijadikan akan segala Asyaa’. Inilah maksud hadis Rasulullah SAWW yang bermaksud;

“Adam bapa segala tubuh dan aku bapa segala Ruh”.

Maka adalah Ruh Nabi SAWW itu asal segala Ruh maka dinamakan dia;

Mazharul Atam

Khataman Nabiyin Wa Sayyidin Mursalin Warahmatan Li’aalamin [Kesudahan Nabi dan Penghulu Rasul-Rasul dan Rahmat untuk sekelian alam].

Adapun maksud dengan Nurul Zat Allah Ta’ala itu bukan Nurul Zat dengan makna cahaya Zat kerana Nur dengan dengan makna cahaya itu makhluk (suatu yang lain daripada Allah SWT). Barangsiapa mensifat Allah Ta’ala dengan makhluk maka jadi KAFIR ia Wal’iyazubilLah bahkan adalah Ia nama bagi Sifat Kamalat Tuhan yang tak terhingga banyaknya dan pada istilah orang Sufi memadailah membilang empat Sifat jua iaitu;

Qudrat

Iradat

Ilmu

Kalam

dan termasuk A’yan Saabitah. Inilah yang dinamakan Nurul Zat Allah Ta’ala.

Ringkasan Martabat Tujuh

Peringatan dari Suluk

Perbincangan tajuk ini adalah meliputi Ilmu Tahqiq yang menjadi puncak atau pati kepada Ilmu Usuluddin (Sifat 20, Ilmu Kalam,Ilmu Tauhid dsb). Kepada anda yang menghadapi masalah untuk memahaminya; sebaiknya mengadaplah guru-guru yang ‘Alim dalam bidang ilmu ini (Usuluddin) . Anda mesti mengenali dan menguasai Ilmu Usuluddin terlebih dahalu sebelum boleh berkenalan dengan Ilmu Tahqiq ini. Jika tidak, anda akan bermasaalah, dan menemui masalah. Perbincangan tajuk ini Suluk paparkan hanya untuk ahli-ahlinya yang telah ‘clear’ ilmunya dengan;

Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah SWT

Sifat Sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan

Perbezaan makna Allah SWT dan makna Ketuhanan

Hakikat Ketuhanan

Kenal Sifat Istigna’ dan Iftikor Allah SWT dan perkara-perkara yang melazimi kedua-duanya.

Boleh membezakan Itiqad Jabariah, Muktazilah, Qadariah dan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah (Imam Abu Hassan Assya’ari dan Imam Maturidhi)

Boleh memahami pembahagian sifat-sifat Allah SWT kepada Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyah.

Menguasai Sifat-sifat Allah yang berada dalam Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma.

Tahu apa yang dinafikan dan diisbatkan dalam kalimah Syahadah.

Faham dan jelas mengenai takluk-takluk semua sifat Ma’ani.

Perbezaam makna dan maksud antara ‘Itiqad dan Syuhud.

Dan yang lain-lainnya berkaitan dengan pengajian Ilmu Usuluddin.

Jika tidak, abaikan dulu Martabat Tujuh ini dan alihkan usaha anda untuk menguasai Ilmu Usuluddin dahulu. Jika semua sudah ‘clear’ bagi anda silalah ikuti perbincangan di bawah.

Setengah daripada jalan mengenal Allah Ta’ala itu ialah dengan mengetahui perjalanan Martabat Tujuh kerana adalah ia setengah daripada kaedah yang boleh menyampaikan kepada ma’rifat Allah Ta’ala. Dengan ianya juga dapat mengetahui asal-usul kejadian diri kita dan mengetahui Martabat Musyahadah yang dinamakan Syuhuudul Kasrah Fil Wahdah.

Martabat Pertama Ahdiah

Wallahu Ta’ala A’lam

Actual grave of Jabir ibn Abdullah Al-Ansari

Makam Jabir R.A

Sambung seterusnya dalam tajuk Ringkasan Martabat Tujuh

About these ads
  1. Mei 22, 2013 at 5:49 am

    This is a topic which is near to my heart.

    .. Cheers! Exactly where are your contact details though?

  2. Februari 13, 2013 at 4:51 am

    “Mengenal Diri Mengenal Allah bhg5 (Asal Kejadian Daripada Nur Muhammad) Bicara Kekasih” seriously got me hooked with ur blog!
    I personallywill certainly wind up being back again a lot more regularly.
    Thanks a lot -Mac

  1. No trackbacks yet.

Anda yang Prihatin Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: